Selamat Datang ke Blog s@ya ~nanTi bKak Lg eRk~ n jgn lUpe f0llow taw..TQ ^_^

Wednesday, 5 December 2012

Ad-Du'a ila GAZA!


Kerana agama yang satu
Gembira mu adalah gembira ku
Sedih mu adalah sedih ku
Sakit mu adalah sakit ku
Derita mu adalah derita ku
Tangis mu jua adalah tangis ku.

Kerana agama yang satu
Kami bangkit membantu
Tidak sanggup diam membisu
Melihat kau dibedil peluru

Kerana agama yang satu
Kami berusaha menjatuhkan bangsa itu
Zionis Laknatullah yang tidak mengenal erti malu
Merobek jasad saudara Islamku sehingga kaku

TOmORRow will be FREE..

Kerana agama yang satu
Kita bangkit mempertahan maruah itu
Jangan bersedih Palestin saudara ku
Kami iringkan doa buatmu
Agar tersungkur Israel dan Sekutu



"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka." - Doa Qunut Nazilah



=_="..btpa kjam nye mreka..

Thursday, 16 August 2012

cinta bertemu..adakah dia jodohku?


"Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.


Sunday, 29 April 2012

Dugaan Remaja


Bismillahirrahmanirrahim. 


Hidup sebagai remaja yang beragama Islam zaman sekarang ni banyak cabaran dan dugaannya. Hanya remaja yang tabah dan sabar menghadapinya bakal diangkat ke darjat yang lebih tinggi.
Isu aurah dan juga couple.
Isu hangat sepanjang masa.
Apabila masalah ini berlaku, ibu bapa yang menjadi mangsa.
Dikatakan tidak mendidik anak secukupnya.
Tapi sebenarnya,
Persekitaran lah puncanya.
Remaja yang masih dapat menutup aurah sepenuhnya,
Remaja yang masih dapat menjaga pergaulannya,
Remaja yang masih menghormati ibu bapanya,
Remaja yang masih dapat mengawal nafsunya,
Remaja yang masih melakukan suruhan-Nya,
Remaja yang masih meninggalkan larangan-Nya,
Ya Allah, rahmatilah mereka,
Sesungguhnya mereka patut berbangga dengan diri mereka,
Kerana...
Untuk melakukan sedemikian
bukan lagi benda yang senang,
Dengan hasutan dari syaitan via kawan-kawan,
Ya Allah, kuatkanlah iman mereka,
Sesungguhnya mereka telah berjuang habis-habisan melawan musuh-Mu iaitu syaitan yang direjam,

Andai saja diberikan hajat dan diperkenankannya,
Ya Allah, aku mohon,
kuatkanlah hati para remaja yang masih berjuang untuk menegak agama yang satu,
lapangkanlah dada kami menghadapi segala cabaran dan dugaan-Mu,
tunjukkanlah kami jalan yang lurus supaya kamu tidak terpesong dari aqidah-Mu,
sesungguhnya kami teringin sekali untuk masuk ke Jannah-Mu,
sesungguhnya kami sama sekali tidak ingin untuk ke Jahannam-Mu,
tapi apakan daya,
kebaikan yang dilakukan oleh kami
masih tidak kami ketahui
lebih banyakkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
lebih sikitkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
bimbingkanlah kami sepanjang masa,
setiap waktu,
hanya kepada-Mu kami berserah dan meminta pertolongan wahai Tuhan yang Esa, Ya Allah.
Andai tersalah kata mahupun bahasa, aasif wahai teman. Sesungguhnya semua manusia melakukan kesilapan. Segala yang baik datang dari-Nya dan buruk itu datang dari insan tidak sempurna ini. Assalamualaikum.


Thursday, 26 April 2012

Aku aDe bl0g!

Haha....
akhirnye aku ade jgk blog sndri...

selama ni aku dok tgk org jer buat blog...teringin tp xpndai r nk buat...
ni pon ala kadar jer...

                                                                       
eerrrmm...


borink arr...meh ktew lyan lGu sket,,,
dis is my pebRet s0ng...lau xtauw lrik xpe2.,,,
aq bg lrik siap supaya SnanG nK ik0wt nYanyi,,,,




s0rry ah..post ni ntah pape ntah,,first time la katakan..
camni ar jadik...:P